Where My Love Begin

Showing posts with label My Chemical Romance. Show all posts
Showing posts with label My Chemical Romance. Show all posts

Post 16: Today is the day !!


Dua tahun dulu, Cik Melur ada buat target pada tarikh hari ini sepatutnya sudah bergelar Puan Melur..masa tu tengah duduk depan Puan Saaba (yang masih bergelar cik) dalam bilik kat ofis di tengah ibu kota.

Sekarang ketika tulis post in CIK Melur sedang duduk di ofis di tepi laut...Tapi xpela tahun depan Insya Allah akan bergelar Puan Melur..Aminn..

Post 13 : Hari Jumaat Yang Menggembirakan

Hari ini adalah hari jumaat yang menggembirakan. Hari jumaat minggu ke-2 pada tahun 2012 adalah lebih gembira dari jumaat minggu-minggu yang lain kerana hari ini adalah birthday Encik Kenit.

Dulu En Kenit memang kenit tapi skrg sebab dah terpengaruh dengan tabiat pemakanan Cik Melur yang tolak batu dan kayu, Encik Kenit pun menjadi besar.

Kejup lagi nak belanja Encik Kenit tiga keping kek Secret Recipe. Nak beli sebijik bajet xcukup so pujuk2 la belikan 3 keping leh amik perasa lain2. Xpasal2 dia dh order lak kek dari kakak dia.


Encik Kenit kata nak buat BBQ ikan lagi, huhu xkan nak belikan khemah lak cam Puan SAABA belikan untuk Encik Tulip Ungu. Tapi kalau Puan SAABA nak hadiahkan lagi sebijik kat kitorg pun afdal gak. Lagipun Puan SAABA kan nak jadi org pulau, mungkin x bawak la khemah tu.

P/S: Post ini ditujukan khas untuk Puan SAABA sebenarnya dengan hint2 tersembunyi. Harap maklum.





Post 12: I Heart KL




Tujuh tahun dulu, ketika berada di dalam hutan di kelilingi pokok serta berkabus di pagi hari, pasti Cik Melur tidak akan percaya akan menulis post ini. Malah berasa orang yg berkata begini amat bodoh dan tidak suke kesederhanaan. Apalah yang ada pada bangunan batu berbanding pepohon yang hijau. Namun masa mengubah keadaan dan ingin Cik Melur katakan “Hatiku tertinggal di Kuala Lumpur” kerana:


  1. LRT yang best sebab boleh pergi ke mana-mana cth Sogo, BookXcess, KL Sentral, Msjd Jamek. Lagipun tunggu paling lama pun 5 minit. Lagipun ada tiket TnG bayar RM100 sebulan leh g mana-mana.


  2. X miss Pesta Buku setiap tahun kat PWTC. Datang tiap-tiap hari pun xpe sebab dekat sgt.


  3. Paper The Sun yang percuma. Amik setiap hari sebab suka baca ruangan ulasan movie dan buku.


  4. Boleh berulang ke Seremban naik bas atau komuter je. Xyah nak drive jauh2 macam skrg lagi. Nak jmpa cik Kenit pun senang.


  5. Makan malam kat kedai Halo Abe Mi kat blkg rumah. Paling sedap air honeydew.


  6. Senang nak g McD (kalau nk kumpul collectibles) atau makan McFlurry.


  7. Midvalley yang best, suma kedai hafal.

Tapi kalau x pindah mungkin Cik Melur tak tahu kemampuan baru Cik Melur seperti:
1. Boleh drive dalam highway yang jem bangat.
2. Memahami erti memiliki sebiji rumah sepenuhnya.
3. Hafal jalan-jalan baru yg sebelum ni 10x lalu tapi x hafal.

Nampaknye list kerinduan lagi banyak dari kemampuan. Adakah Cik Melur lebih sesuai menjadi org KL ???

Post 10 : Pantun 4 kerat Cik Aljanion


Siang termimpi-mimpi,
Malam tercari-cari,
Inilah ahli baru 'keluarga' kami,
Cik Al-Janion yang putih berseri...

Cik Melur dan Encik Kenit girang sekali,
Sudah berjumpa idaman hati,
Pusing KL ke sana ke mari,
Dengan cik Al-Janion yang disayangi...

Hendak dibawa pergi bercuti,
Tengah memikir lokasi dan destinasi,
Adakah cik saaba dan encik penyimpan tulip ungu nak ikut sekali?
Ronda-ronda seMalaya dengan cik Al-Janion kami...

(3 years, 3 months, 2 weeks, 5 days - 26th October 2010)

Post 9 : Raikan Cinta


Wah CINTA nya...

Post 1 : Me & Him

The greatest thing you'll ever learn is to love and be loved in return. ~ "Unforgettable with Love" by Natalie Cole