Post 12: I Heart KL




Tujuh tahun dulu, ketika berada di dalam hutan di kelilingi pokok serta berkabus di pagi hari, pasti Cik Melur tidak akan percaya akan menulis post ini. Malah berasa orang yg berkata begini amat bodoh dan tidak suke kesederhanaan. Apalah yang ada pada bangunan batu berbanding pepohon yang hijau. Namun masa mengubah keadaan dan ingin Cik Melur katakan “Hatiku tertinggal di Kuala Lumpur” kerana:


  1. LRT yang best sebab boleh pergi ke mana-mana cth Sogo, BookXcess, KL Sentral, Msjd Jamek. Lagipun tunggu paling lama pun 5 minit. Lagipun ada tiket TnG bayar RM100 sebulan leh g mana-mana.


  2. X miss Pesta Buku setiap tahun kat PWTC. Datang tiap-tiap hari pun xpe sebab dekat sgt.


  3. Paper The Sun yang percuma. Amik setiap hari sebab suka baca ruangan ulasan movie dan buku.


  4. Boleh berulang ke Seremban naik bas atau komuter je. Xyah nak drive jauh2 macam skrg lagi. Nak jmpa cik Kenit pun senang.


  5. Makan malam kat kedai Halo Abe Mi kat blkg rumah. Paling sedap air honeydew.


  6. Senang nak g McD (kalau nk kumpul collectibles) atau makan McFlurry.


  7. Midvalley yang best, suma kedai hafal.

Tapi kalau x pindah mungkin Cik Melur tak tahu kemampuan baru Cik Melur seperti:
1. Boleh drive dalam highway yang jem bangat.
2. Memahami erti memiliki sebiji rumah sepenuhnya.
3. Hafal jalan-jalan baru yg sebelum ni 10x lalu tapi x hafal.

Nampaknye list kerinduan lagi banyak dari kemampuan. Adakah Cik Melur lebih sesuai menjadi org KL ???