Post 17: Puan Melur - Ep 2 - Bakul Besi

Disebabkan tak jadi nak guna bakul dari bakal ibu mertua, Cik Melur beli la bakul besi dari Nilai3..walaupun Buy 1 free 1 harganya tetap mengopakkan beg duit..Cik Kenit paling suka yang bentuk basikal tu..xpela sebab dia yg keluarkan duit so Cik Melur accept je..sumenye ada kaki sebab kitorg xnk sewa pahar dari mak andam nanti.


Ni sume bahan2 hiasan iaitu rantaian mutiara kristal, riben, glue gun & riben kertas gulung..kitorg buat tema purple & biru turqoise sebab boleh recycle masa akad nikah nanti..bunga-bunga beli kemudian..

Bawah ni gambar contoh kalau dah letak barang-barang..testing bakul mana untuk barang mana..


Hajat di hati nak tiru gubahan cam kat kedai tu..



P/S: Adakah ungu boleh matching dgn warna peach ?