Where My Love Begin

Showing posts with label Saaba. Show all posts
Showing posts with label Saaba. Show all posts

Post 13 : Hari Jumaat Yang Menggembirakan

Hari ini adalah hari jumaat yang menggembirakan. Hari jumaat minggu ke-2 pada tahun 2012 adalah lebih gembira dari jumaat minggu-minggu yang lain kerana hari ini adalah birthday Encik Kenit.

Dulu En Kenit memang kenit tapi skrg sebab dah terpengaruh dengan tabiat pemakanan Cik Melur yang tolak batu dan kayu, Encik Kenit pun menjadi besar.

Kejup lagi nak belanja Encik Kenit tiga keping kek Secret Recipe. Nak beli sebijik bajet xcukup so pujuk2 la belikan 3 keping leh amik perasa lain2. Xpasal2 dia dh order lak kek dari kakak dia.


Encik Kenit kata nak buat BBQ ikan lagi, huhu xkan nak belikan khemah lak cam Puan SAABA belikan untuk Encik Tulip Ungu. Tapi kalau Puan SAABA nak hadiahkan lagi sebijik kat kitorg pun afdal gak. Lagipun Puan SAABA kan nak jadi org pulau, mungkin x bawak la khemah tu.

P/S: Post ini ditujukan khas untuk Puan SAABA sebenarnya dengan hint2 tersembunyi. Harap maklum.





Post 8 : Trauma Kek Pisang

Poster Filem:


Tajuk Filem : Trauma Kek Pisang

Pelakon utama : Cik Saaba + makcik

Lokasi : Sebuah rumah di hujung dunia

Props : Kek pisang

Script :

Babak 1 : Jam 3 pagi, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Nak (sambil ambik sekeping kek pisang)

Babak 2 : Jam 9 pagi, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Ok (ambik sekeping kek pisang)

Babak 3 : Jam 5 ptg , Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Kuih ape ? ( berharap ada kuih lain)
Makcik - Kek pisang...
Cik Saaba - (Senyap seketika tp amik juga)

Babak 4 : Jam 9 mlm, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Ambil la kuih ni buat bekal (sambil menghulur tupperware ice cream)
Cik Saaba - Terima kasih (dengan wajah sopan santun)

Dengan debaran mengalahkan sehati berdansa Cik Saaba pun membuka tupperware
Akhirnya Cik Saaba menjadi trauma terhadap kek pisang


Nota Kaki : Semua babak adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati..Jika berkaitan semuanya hanya kebetulan sahaja.