Where My Love Begin

Post 10 : Pantun 4 kerat Cik Aljanion


Siang termimpi-mimpi,
Malam tercari-cari,
Inilah ahli baru 'keluarga' kami,
Cik Al-Janion yang putih berseri...

Cik Melur dan Encik Kenit girang sekali,
Sudah berjumpa idaman hati,
Pusing KL ke sana ke mari,
Dengan cik Al-Janion yang disayangi...

Hendak dibawa pergi bercuti,
Tengah memikir lokasi dan destinasi,
Adakah cik saaba dan encik penyimpan tulip ungu nak ikut sekali?
Ronda-ronda seMalaya dengan cik Al-Janion kami...

(3 years, 3 months, 2 weeks, 5 days - 26th October 2010)

Post 9 : Raikan Cinta


Wah CINTA nya...

Post 8 : Trauma Kek Pisang

Poster Filem:


Tajuk Filem : Trauma Kek Pisang

Pelakon utama : Cik Saaba + makcik

Lokasi : Sebuah rumah di hujung dunia

Props : Kek pisang

Script :

Babak 1 : Jam 3 pagi, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Nak (sambil ambik sekeping kek pisang)

Babak 2 : Jam 9 pagi, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Ok (ambik sekeping kek pisang)

Babak 3 : Jam 5 ptg , Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Nak makan kuih x ?
Cik Saaba - Kuih ape ? ( berharap ada kuih lain)
Makcik - Kek pisang...
Cik Saaba - (Senyap seketika tp amik juga)

Babak 4 : Jam 9 mlm, Cik Saaba berada di dapur
Makcik - Ambil la kuih ni buat bekal (sambil menghulur tupperware ice cream)
Cik Saaba - Terima kasih (dengan wajah sopan santun)

Dengan debaran mengalahkan sehati berdansa Cik Saaba pun membuka tupperware
Akhirnya Cik Saaba menjadi trauma terhadap kek pisang


Nota Kaki : Semua babak adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati..Jika berkaitan semuanya hanya kebetulan sahaja.

Post 7 : Aduh ! Kena Tag Dengan Miss Saaba


Kerana Miss Saaba kata dia kecik ati kalau aku xbuat post ni, maka aku terpaksa memikirkan "10 perkara yang mengembirakan aku" walaupun aku selalu gembira seadanya. Cewah..

1) Jumpa Cik Kenit di PD sebab aku suke tgk org beli2 barang.

2) Pesta Buku sebab pokai beli buku.

3) Ber'tardiness' dengan Cik Saaba dan Cik Bidasari di pagi hari.

4) Menukar syiling 10sen sebanyak yg boleh

5) Bila Bos Desibel Tinggi tiada di ofis maka meeting hari jumaat pun didoakan tiada bersama.

6) Dapat buka Facebook yg dah bersemak samun (request pn beratus2) sbb kena blok

7) Berasa kagum dgn murtabak padat MAS + ayam lemon Sabah

8) Tgk "Desperate Housewives" stp selasa (Sampai malas la En. Penyimpan Tulip Ungu nak ajak main boling)

9) Dapat gaji setiap hujung bulan.

10) Di tag oleh blogger tegar yang super duper memakai gelang kuasa kayu koken...

Post 6 : Adakah kita seTEGAR ini ?

Pemenang The Biggest Loser Asia 1 - David Gurnani dari Indonesia telah berjaya menyusutkan 53% body fat percentage iaitu dari 157kg ke 74kg.



Bagaimana nak beliau menjadi begini kurus dan mengalahkan 3 manusia2 tegar - Carlo Miguel, 32; Aaron Mokhtar, 30; and Martha Lai, 20 ?

1) I trained eight to 10 hours a day from Mondays to Saturdays, and three to four hours on Sundays. I saw my fiancee only three or four times in three months.


2) Also, I celebrated my birthday four days ago and my family got a cake for me, but I couldn't eat it. Instead I ate fruit.


Rancangan "keinsafan" ini menyebabkan kita terfikir : Adakah kita seTEGAR ini ?

"I have never taken any exercise except sleeping and resting " - Mark Twain (1835-1910) U.S. humorist, writer, and lecturer.

Post 5 : The Spaghetti Farm, Mid Valley

Semalam, Cik Melur n Cik Kenit berjalan-jalan di Midvalley. Kitorang yang sangat lapar ini pun jejak la kaki kat kedai The Spaghetti Farm yg mengadap Kenny Rogers..

Kitorg berani nak masuk kedai ni sebab ternampak sign only RM 3.20. Kitorg pun baca la betul2 menu dia sebab takut kena tipu, besela makan kedai bodoh2 pun plg koman 5 ringgit. So sbnrnye kena beli pasta 1 pinggan dan tmbh RM 3.20 utk air dan sup. Jadi 1 meal = RM++10..


Sebab Cik Kenit xnak mkn McD so dia stuju je nak makan kat ctu..Kitorg pun g la kaunter sambil dah siap2 pilih menu untuk 2 set value meal. Sup ada 4 jenis – mushroom, chicken, tomato & asparagus..


Walla..2 set hanya RM24..tax dah siap2 masuk..mcm seronok byr genap2 RM24..



Sambil membawa 2 mangkuk sup kitorg pun duduk la di hujung dunia di tepi lukisan ala-ala papan hitam ni..Lukisan yang menceritakan ayam sebagai ketua ladang menyuruh lembu berlari-lari, ikan melompat di atas rumput dan udang timbul di permukaan kolam..

Kitorg order 2 jenis sup, dua2 ditabur dgn daun basil. Mushroom sup rasanya sebiji cm pizza hut (boleh tahan – tpxde pun cebisan cendawan pun) tp chicken sup langsung takde rasa (xsedap). Lagi sedap kalau beli sup campbell dalam tin je.



Selepas makan beberapa sudu, waiter pun datang membawa 2 mangkuk spaghetti dgn alas dulang ni.






Cik Melur makan Chicken Bolognese dan Cik Kenit makan Beef Bolognese. Rasa tomato seakan same tp Beef Bolognese lagi strong rasa dagingnye. Satu yang best pasal spaghetti ni sebab bnyk, kalah domino pizza..Tp buat kat rumah lg syok sebab button mushroom pn xletak..RM 24 tu cukup nak beli satu tin prego, daging cincang, satu tin mushroom n sebungkus spaghetti, masak2 terus dapat seperiuk spaghetti utk dimakan.

"Life is a combination of magic and pasta." - Fellini