MELUR Melati

Where My Love Begin

Post 17: Puan Melur - Ep 2 - Bakul Besi

Disebabkan tak jadi nak guna bakul dari bakal ibu mertua, Cik Melur beli la bakul besi dari Nilai3..walaupun Buy 1 free 1 harganya tetap mengopakkan beg duit..Cik Kenit paling suka yang bentuk basikal tu..xpela sebab dia yg keluarkan duit so Cik Melur accept je..sumenye ada kaki sebab kitorg xnk sewa pahar dari mak andam nanti.


Ni sume bahan2 hiasan iaitu rantaian mutiara kristal, riben, glue gun & riben kertas gulung..kitorg buat tema purple & biru turqoise sebab boleh recycle masa akad nikah nanti..bunga-bunga beli kemudian..

Bawah ni gambar contoh kalau dah letak barang-barang..testing bakul mana untuk barang mana..


Hajat di hati nak tiru gubahan cam kat kedai tu..



P/S: Adakah ungu boleh matching dgn warna peach ?

Post 16: Today is the day !!


Dua tahun dulu, Cik Melur ada buat target pada tarikh hari ini sepatutnya sudah bergelar Puan Melur..masa tu tengah duduk depan Puan Saaba (yang masih bergelar cik) dalam bilik kat ofis di tengah ibu kota.

Sekarang ketika tulis post in CIK Melur sedang duduk di ofis di tepi laut...Tapi xpela tahun depan Insya Allah akan bergelar Puan Melur..Aminn..

Post 15: Mi Ayam yang awesome


Gambar di atas adalah gambar "Mi Ayam" serta jus tembikai segar yang highly recommended by Encik Kenit. Memang sedap tidak terkata.

Mi ayam ni adalah indo mi (maggi indon) + keropok + sawi +bebola bakso + kicap pekat..

Pergh..sedap..pergilah cari kat food court Pasar Baru, Bandung, Indonesia..

Harga dalam RM3 semangkuk. Siap ada label Ajinomoto lagi (hahah ni kot penambah perasa tu)


Gambar di atas adalah souvenier untuk Puan Saaba & Cik Abangnye..satu gambar peta bandung satu lagi planning activity (Hahaha sesuai untuk Puan Saaba yang berura-ura nak ke Planning Department). Puan Saaba kena tunggu sampai Cik Melur rasa rajin nak poskan..

Latar belakang adalah cadar tilam yang ceritanya sudah sampai ke Labuan..

P/S: Entri pada waktu sekarang pendek2 akibat kesuntukan masa..harap maklum..

Post 14: Puan Melur : Ep 1 - Bakul dari bakal ibu mertuaku

Aduii..peningnya nak kawen, semuanya nak perfect..patutla orang kata kawin sekali seumur hidup dah ckup sebab persiapannya punya la banyak..

Episod pertama Cik Melur nak cerita pasal bakul hantaran..gambar di bwh ni bakul pinjam dari bakal mak mertua..masa mula2 nak pinjam punya la hepi tp bila tgk dua kali berabuk dan bunganya sudah buruk (adakah cik melur terlalu cerewet ??)..


Bakul ni recycle dari abang Encik Kenit no 3 kawin dlu..bila pikir duit rs nak gune tp bila pikir maruah keluarga (hahha mcm kedekut sgt lak nk bli dulang hantaran) rasa cm nk beli baru..banyak nye hati yang perlu dijaga walaupun hanya tentang bakul hantaran..

Sekarang Cik Melur sudah beli bakul2 besi dan pulangkan bakul ni pada tuannya..kna hias sendiri waktu malam..nantikan episod kedua..tunggu.....

P/S: Gambar tidak serupa dengan yg sebenar..

Post 13 : Hari Jumaat Yang Menggembirakan

Hari ini adalah hari jumaat yang menggembirakan. Hari jumaat minggu ke-2 pada tahun 2012 adalah lebih gembira dari jumaat minggu-minggu yang lain kerana hari ini adalah birthday Encik Kenit.

Dulu En Kenit memang kenit tapi skrg sebab dah terpengaruh dengan tabiat pemakanan Cik Melur yang tolak batu dan kayu, Encik Kenit pun menjadi besar.

Kejup lagi nak belanja Encik Kenit tiga keping kek Secret Recipe. Nak beli sebijik bajet xcukup so pujuk2 la belikan 3 keping leh amik perasa lain2. Xpasal2 dia dh order lak kek dari kakak dia.


Encik Kenit kata nak buat BBQ ikan lagi, huhu xkan nak belikan khemah lak cam Puan SAABA belikan untuk Encik Tulip Ungu. Tapi kalau Puan SAABA nak hadiahkan lagi sebijik kat kitorg pun afdal gak. Lagipun Puan SAABA kan nak jadi org pulau, mungkin x bawak la khemah tu.

P/S: Post ini ditujukan khas untuk Puan SAABA sebenarnya dengan hint2 tersembunyi. Harap maklum.





Post 12: I Heart KL




Tujuh tahun dulu, ketika berada di dalam hutan di kelilingi pokok serta berkabus di pagi hari, pasti Cik Melur tidak akan percaya akan menulis post ini. Malah berasa orang yg berkata begini amat bodoh dan tidak suke kesederhanaan. Apalah yang ada pada bangunan batu berbanding pepohon yang hijau. Namun masa mengubah keadaan dan ingin Cik Melur katakan “Hatiku tertinggal di Kuala Lumpur” kerana:


  1. LRT yang best sebab boleh pergi ke mana-mana cth Sogo, BookXcess, KL Sentral, Msjd Jamek. Lagipun tunggu paling lama pun 5 minit. Lagipun ada tiket TnG bayar RM100 sebulan leh g mana-mana.


  2. X miss Pesta Buku setiap tahun kat PWTC. Datang tiap-tiap hari pun xpe sebab dekat sgt.


  3. Paper The Sun yang percuma. Amik setiap hari sebab suka baca ruangan ulasan movie dan buku.


  4. Boleh berulang ke Seremban naik bas atau komuter je. Xyah nak drive jauh2 macam skrg lagi. Nak jmpa cik Kenit pun senang.


  5. Makan malam kat kedai Halo Abe Mi kat blkg rumah. Paling sedap air honeydew.


  6. Senang nak g McD (kalau nk kumpul collectibles) atau makan McFlurry.


  7. Midvalley yang best, suma kedai hafal.

Tapi kalau x pindah mungkin Cik Melur tak tahu kemampuan baru Cik Melur seperti:
1. Boleh drive dalam highway yang jem bangat.
2. Memahami erti memiliki sebiji rumah sepenuhnya.
3. Hafal jalan-jalan baru yg sebelum ni 10x lalu tapi x hafal.

Nampaknye list kerinduan lagi banyak dari kemampuan. Adakah Cik Melur lebih sesuai menjadi org KL ???

Post 11: 3 Little Kittens

Cak...

Nama saya Chokoren

Umur saya 5 bulan

Saya adalah kucing yang ceria..







Ini abang saya

Nama abang saya Chokobu

Dia sangat manja dan kuat makan










Ini kawan kami.

Namanya Chokoteh

Chokoteh suke bermain dan....













Tido sambil buat senaman regangan..


Sekian terima kaseh